MOGADISHU, 28 JULAI – Kira-kira 20 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian letupan bom berasingan di selatan Somalia, kelmarin.
Seorang pegawai polis di bandar Marka, wilayah Lower Shabelle memberitahu agensi Anadolu (AA) bahawa seorang pengebom bunuh diri bertindak meletupkan dirinya sehingga mengorbankan 13 orang, termasuk Datuk Bandar Abdullahi Ali Wafow, pengawal keselamatan dan orang awam.
Di wilayah sama, letupan periuk api menggegarkan pasar di bandar Afgoye, mengorbankan kira-kira tujuh orang dan mencederakan lebih 14 yang lain, menurut pegawai keselamatan serantau di Lower Shabelle. – Bernama