Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    200 ahli pengakap sertai bengkel kemahiran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Kira-kira 200 orang ahli pengakap telah mengikuti Bengkel Kemahiran #1 Selamat daripada Bahaya 2.0 yang berlangsung pada 20 November lalu di Dewan Serba guna Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Jalan Gadong.

    Bengkel bermatlamat untuk memberi lebih pendedahan dan pemahaman kepada pemimpin-pemimpin pengakap mengenai kepentingan melindungi ahli-ahli pengakap di bawah jagaan serta tanggungjawab mereka daripada bahaya atau sebarang kemudaratan.

    Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai Dasar Pelindungan Akta Kanak-kanak Negara Brunei Darussalam dan Polisi Selamat dari Bahaya (SfH) Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada bengkel berkenaan ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

    Turut hadir ialah Ketua Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Hajah Rosediana binti Haji Hidop, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pemimpin-pemimpin pengakap, penolong-penolong pemimpin pengakap, ahli-ahli Pengakap Kelana, Pengakap Remaja serta Pengakap Muda yang akan mengikuti Jambori Pengakap Sedunia ke-25 di Korea Selatan pada 2023.

    Menurut kenyataan yang diberikan, pelaksanaan latihan kepada pemimpin pengakap berkaitan dengan Polisi SfH adalah bertepatan dengan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada 20 November 2022.

    Bengkel itu berkonsepkan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengelak atau melakukan tindakan kepada sesuatu situasi yang mungkin menjejaskan kesejahteraan, pemba-ngunan dan keselamatan orang muda dan orang dewasa dalam pengakap.

    Haji Awang Badar bergambar ramai bersama ahli pengakap semasa bengkel berkenaan. – Gambar serahan PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...