Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    200 belia hadiri ceramah motivasi persediaan hadapi peperiksaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, buat julung kalinya telah mengadakan Ceramah Motivasi Persediaan Menghadapi Peperiksaan bagi Tahun 1444H/2022M di masjid berkenaan yang disertai oleh seramai 200 orang peserta.

    Para peserta terdiri daripada kalangan belia-belia masjid, mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi serta pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah.

    Ceramah motivasi bersempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam itu bertujuan untuk memberi dorongan dan galakan kepada para pelajar
    agar berusaha lebih gigih menimba ilmu pengetahuan dan seterusnya meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelang.

    Ia dimulakan dengan sembahyang sunat Hajat berjemaah dan dikuti dengan bacaan Surah Al-Waqi’ah sebelum ceramah motivasi disampaikan oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi serta diakhiri dengan bacaan doa.

    Antara yang disentuh dalam ceramah berkenaan adalah tentang mustahaknya menuntut ilmu pengetahuan demi kejayaan hidup masa depan yang kian mencabar lebih-lebih lagi di era globalisasi yang penuh dengan persaingan.

    Acara berkenaan juga bertujuan untuk menggalakkan para pelajar sentiasa berdamping dengan masjid, pada masa yang sama mengimarahkan lagi masjid dengan aktiviti keagamaan sebagai syiar yang menitik beratkan nilai-nilai Islam yang unggul.

    Ceramah motivasi di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien didahului dengan sembahyang sunat Hajat berjemaah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...