Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    200 kereta terkandas dalam salji tebal

    TOKYO, 24 Jan – Ketenteraan Jepun hari ini dikerah untuk membantu mengeluarkan lebih 200 buah kenderaan yang terkandas dalam salji tebal, menurut para pegawai.

    Wilayah Tottori, Barat Jepun telah mengalami turunan lebat salji sejak malam semalam dengan catatan himpunan satu meter di sebuah bandar.

    Gabenor Tottori, Shinji Hirai meminta bantuan tentera awal hari ini.

    “Selain daripada 28 kakitangan yang tiba di awal pagi, 33 orang lagi dalam perjalanan,” Daisuke Amano dari unit pen-cegahan bencana wilayah itu memberitahu AFP.

    Menurutnya kira-kira 240 buah kereta tidak dapat bergerak pada pukul 7:30 pagi.

    Orang ramai menolak sebuah bas yang terkandas dalam salji tebal di Tottori, barat Jepun, pada 24 Januari. – AFP
    Orang ramai menolak sebuah bas yang terkandas dalam salji tebal di Tottori, barat Jepun, pada 24 Januari. – AFP

    “Majoritinya yang terkandas sejak petang semalam,” tambahnya lagi.

    Namun selepas pasukan tentera tiba untuk membantu membersihkan salji sebilangan kereta yang terkandas telah berkurang kepada 100 buah, menurut pihak wilayah itu.

    Media Jepun melaporkan bahawa pada satu tahap lebih 300 buah kenderaan terkandas, meskipun tidak ada laporan sebarang kecederaan.

    Sebilangan orang dilaporkan telah meninggalkan kereta mereka untuk mendapatkan perlindungan sementara pemandu-pemandu lain menanti jalan raya dibersihkan.

    Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran turunan salji lebat di rantau itu sehingga petang hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda