200 pegawai pantau SHMMP

SANDAKAN, 20 JAN – Seramai 200 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negeri Sabah akan memantau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di negeri ini yang bermula hari ini hingga 2 Feb.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata sebanyak 16 jenis barangan terlibat dalam skim tahun ini iaitu pertambahan tiga jenis barangan membabitkan cili merah, tomato dan ubi kentang import dari China, berbanding 13 barangan tahun lepas.

Ketika melancarkan skim itu di sini hari ini, Poon berkata bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan. – Bernama