Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    200 pelajar IBTE Kampus Nakhoda Ragam sertai Program HAPPY

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Kira-kira 200 pelajar baharu Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Nakhoda Ragam telah menyertai program kesedaran HIV untuk Rakan Sebaya dan Belia (HAPPY) anjuran Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) sebagai sebahagian daripada program orientasi mereka.

    HAPPY merupakan projek diterajui belia untuk menyebarkan kesedaran HIV termasuk pengetahuan tentang kehamilan remaja dan jangkitan seksual.

    Ia adalah program interaktif menggabungkan audio dan visual serta aktiviti interaktif untuk memastikan mesej yang disampaikan diselami oleh golongan muda sesuai dengan tetapan tempatan.

    Taklimat telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua Majlis BDAIDS, Awang Iswandy bin Ahmad yang turut dibantu oleh sukarelawannya.

    Semasa taklimat itu, beliau mengongsikan statistik tempatan mengenai jangkitan penyakit kelamin STI dan kehamilan remaja dengan menekankan umur dan jantina yang mendominasi statistik tersebut.

    Menurutnya, angka-angka statistik itu boleh dibendung dan turut menasihatkan beliau untuk menerapkan pantang sebagai sebahagian usaha mengelakkan remaja terlibat dalam sebarang tingkah laku berisiko yang membawa kepada jangkitan STI, hamil luar nikah atau perkahwinan awal.

    Majlis BDAIDS juga berharap, mesej yang disampaikan akan menjadi sebahagian proses pembelajaran dalam diri belia dan menerapkannya dalam gaya hidup harian mereka.

    Awang Iswandy semasa menyampaikan ceramah kepada para pelajar baharu IBTE Kampus Nakhoda Ragam.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...