Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

200 pengamal media Sabah diraikan sempena Aidilfitri

KOTA KINABALU, 16 MEI – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor meraikan kira-kira 200 pengamal media negeri ini dalam majlis makan tengah hari sempena sambutan Aidilfitri di sini, hari ini.

Mereka disajikan dengan pelbagai juadah istimewa antaranya lemang, ketupat, sate serta gado-gado, selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian kumpulan busker tempatan Masmona.

Hajiji turut meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar dengan pengamal media serta merakamkan foto kenangan pada majlis tersebut.

Turut hadir dua Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri iaitu Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Wetrom Bahanda; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong; Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar dan Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Jimmy Goh.

Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) Datin Lucy Irene Yong dalam ucapannya pada majlis itu berkata selain meraikan Aidilfitri, majlis itu juga sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap peranan penting pengamal media dalam membuat liputan.

“Liputan meluas media berkaitan usaha berterusan kerajaan membawa pembangunan di Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), amat besar maknanya dalam membolehkan rakyat mengetahui dan memahami objektif serta pencapaian SMJ,” katanya. – Bernama

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama pengamal media yang menghadiri Majlis Hari Raya Ketua Menteri bersama media di Magellan Sutera Harbour Kota Kinabalu. –Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -