Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    200 penuntut positif, tiada kluster sekolah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Antara 31 Januari 2022 hingga 7 Februari 2022, seramai 200 orang penuntut telah dikenal pasti positif dijangkiti COVID-19 yang melibatkan sebanyak 116 buah sekolah dan institusi pengajian tinggi.

    Namun, kesemua kes yang melibatkan pelajar mempunyai kaitan dengan kluster-kluster rumah kediaman dan setakat ini tidak ada kluster sekolah telah dikesan.

    Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan yang berlangsung pada hari ini.

    Semasa sidang media itu juga, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan terdapat 55 kluster aktif telah dikesan di mana hanya tiga daripadanya melibatkan tempat perniagaan atau tempat awam iaitu Kluster Staf Hotel Al-Afiah yang dikesan pada 22 Januari, Kluster Hua Ho Tanjung Bunut Bakery yang dikesan pada 29 Januari dan Kluster Ibu Pejabat Bank Baiduri yang dikesan pada 30 Januari. 

    Manakala, selebihnya adalah kluster-kluster rumah kediaman persendirian atau staff house.

    Sementara itu, Yang Berhormat Dato juga mengongsikan bahawa antara 30 Januari 2022 sehingga 5 Februari 2022, terdapat lima buah mukim yang mempunyai lebih daripada 80 kes positif. 

    Mukim-mukim tersebut adalah Mukim Serasa, Mukim Berakas B, Mukim Gadong B, Mukim Gadong A dan Mukim Sengkurong. 

    Manakala, terdapat empat buah mukim yang mempunyai lebih daripada 40 kes positif iaitu Mukim Mentiri, Mukim Pengkalan Batu, Mukim Kilanas dan Mukim Berakas A.

    Gambar fail para pelajar menjalani pengajian secara bersemuka. Antara 31 Januari 2022 hingga 7 Februari 2022, seramai 200 orang penuntut telah dikenal pasti positif dijangkiti COVID-19 namun tiada kluster sekolah dikesan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...