Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    200 sertai majlis sambutan KBRI

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Lebih kurang 200 orang warga Indonesia di Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Majlis Sambutan Maulud Nabi, Sambutan Hari Santri dan Sambutan Hari Pahlawan anjuran Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam di Balai KBRI di sini, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Achmad Ubaedillah.

    Dalam ucapannya, Tuan Yang Terutama berkata bahawa kesederhanaan beragama di Indonesia adalah asas untuk memajukan demokrasi dan mengalu-alukan semua yang hadir untuk sentiasa mendoakan saudara seagama di Palestin yang semakin tertindas akibat pencerobohan Israel.

    “Indonesia berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan mengutuk penjajahan Israel ke atas bumi Palestin,” tegas beliau.

    Tuan Yang Terutama turut mengingatkan umat Islam khususnya yang tinggal di Brunei agar menjaga komitmen Islam dan semangat nasionalisme bagi mengelak perselisihan dan perpecahan.

    “Kesatuan sosial di Indonesia tidak terlepas daripada peranan pertubuhan Islam terbesar di Indonesia khususnya Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah,” katanya.

    Aktiviti anjuran Pengurus Cawangan Khas Nahdlatul Ulama Brunei Darussalam (PCINU) dengan kerjasama KBRI di Bandar Seri Begawan itu diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Pada majlis itu, PCINU Brunei Darussalam turut mengedarkan kad keahlian kepada ahli-ahli PCINU.

    Pengerusi PCINU, KH Ahmad Dhofir menjelaskan beberapa kelebihan memiliki kad berkenaan yang boleh digunakan untuk pembayaran dan simpanan syariah misalnya boleh digunakan sebagai simpanan haji dan umrah.

    TYT Dr Achmad Ubaedillah, KH Ahmad Dhofir dan antara peserta yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    TYT Dr Achmad Ubaedillah, KH Ahmad Dhofir dan para peserta bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...