Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20,000 dijangka banjiri Festival Sebuyau

    KUCHING, 3 Okt – Kira-kira 20,000 orang dijangka membanjiri Festival Sebuyau yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober di Pekan Sebuyau.

    Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata acara itu bertujuan untuk membangun dan mempromosi kawasan tersebut sebagai destinasi untuk sukan air melalui acara regata, yang merupakan satu daripada acara utama festival.

    Julaihi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, berkata apa yang unik mengenai regata ialah perlumbaan itu bermula dari Laut China Selatan ke Sungai Sebuyau.

    Beliau berkata juara pertandingan akan merangkul Piala ‘Raja Laut’.

    Beliau juga berkata terdapat juga gerai yang mempamerkan produk unik masyarakat tempatan seperti ‘ikan terubok’ dan makanan laut yang lain.

    “Ini akan memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memperkenalkan produk yang terkenal di Sebuyau,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan akan merasmikan festival itu pada 28 Oktober sementara seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan merasmikan penutupan festival tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda