Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    2017 tahun sukar untuk H&M

    STOCKHOLM, 14 Jan – Satu skandal perkauman di H&M adalah tanda terbaru masalah pengurusan di syarikat pakaian Sweden, pernah menjadi pilihan pembeli-belah namun kini bergelut untuk membuat peralihan kepada e-dagang, kata penganalisis.

    Kumpulan fesyen itu merupakan salah satu jenama eksport terbesar kuasa industri berpengaruh di Sweden, di samping Ikea, Spotify, Electrolux dan Volvo.

    Dimiliki oleh dinasti keluarga Persson, ia telah disenarai di bursa saham Stockholm sejak 1974.

    Ia telah bekerjasama dengan superstar seperti Beyonce dan Madonna, dan gedung fesyen berprestij termasuk Sonia Rykiel, Lanvin dan Kenzo telah mereka koleksi eksklusif untuk kumpulan tersebut.

    Suasana kedai H&M di pusat beli-belah, Johannesburg yang ditutup akibat parti pembangkang Economic Freedom Fighters (EFF) menyerang kedai itu susulan slogan perkauman yang tercetak di baju sekali gus membangkitkan kemarahan di media sosial. – AFP

    H&M merupakan salah satu jenama paling terkenal di dunia, dengan firma pakar runding jenama global Interbrand menempatkannya sebagai syarikat terkenal ke-23 di seluruh dunia pada 2017- di depan Ikea dan pengeluar barangan mewah fesyen Hermes.

    Namun sejak akhir-akhir ini, H&M telah bergelut untuk menarik pembeli-belah ke 4,553 kedainya di seluruh dunia, dan lambat untuk mengembangkan tawaran produknya di internet.

    “Ia adalah salah satu tahun yang paling sukar untuk H&M,” beritahu Joakim Bornold, ahli ekonomi di bank pelaburan Nordnet kepada AFP, mendapati harga saham syarikat telah merosot sebanyak 35 peratus sejak Januari 2017. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda