PARIS, 14 OGOS – Musim panas yang melampau di Eropah mungkin belum berakhir tetapi tahun 2022 menjadi tahun paling buruk untuk bencana kebakaran di benua tersebut, menurut perkhidmatan satelit pemantauan Eropah. Hampir 660,000 hektar tanah musnah dalam kebakaran yang berlaku sejak Januari.
Kebakaran yang tercetus memaksa puluhan ribu orang untuk meninggalkan kediaman mereka, memusnahkan bangunan-bangunan dan menyebabkan kebakaran hutan di Austria, Croatia, Perancis, Greece, Itali, Portugal dan Sepanyol.
Menurut data yang dikumpul oleh Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS), kira-kira 659,541 hektar hutan musnah dalam kejadian kebakaran, jumlah terbesar sejak 2006.
Eropah telah berhadapan beberapa siri gelombang haba, kebakaran hutan dan kemarau yang didakwa akibat daripada perubahan iklim. Pakar iklim memberi amaran gelombang haba yang berpanjangan akan berlaku.
Walau bagaimanapun, negara yang paling teruk terjejas adalah Sepanyol, di mana 244,924 hektar tanah musnah akibat kebakaran hutan, disusuli oleh Romania (150,528 hektar) dan Portugal (77,292) hektar, menurut data yang dikeluarkan oleh EFFIS.
Sementara itu, Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS) menyifatkan tahun 2022 sebagai tahun tahun paling buruk untuk bencana kebakaran hutan di Eropah dan memberi amaran penduduk di barat Eropah berdepan dengan kebakaran melampau. – AFP