Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2024 dijangka tahun terpanas di Austria, Jerman dan Switzerland

    VIENNA, 11  NOV – Tahun 2024 dijangka mencatatkan rekod suhu tertinggi di Austria, Jerman dan Switzerland, menurut kajian bersama agensi meteorologi ketiga-tiga negara tersebut.

    Kajian yang dijalankan oleh GeoSphere Austria, Perkhidmatan Cuaca Jerman (DWD) dan MeteoSwiss, menyatakan purata suhu di Austria dari Januari hingga Oktober adalah 4.1 darjah Celsius lebih tinggi berbanding paras pra-industri (1881-1910). Ini menjadikan 2024 berpotensi sebagai tahun terpanas dalam rekod negara itu.

    Jerman dan Switzerland turut mencatatkan tren serupa, dengan peningkatan purata suhu dari Januari hingga Oktober masing-masing sebanyak 3.3 dan 3.5 darjah Celsius melebihi purata pra-industri.

    GeoSphere Austria menekankan kesan perubahan iklim yang semakin ketara di ketiga-tiga negara itu, termasuk peningkatan hujan lebat, risiko kemarau yang lebih tinggi, dan pengurangan salji di kawasan rendah.

    Agensi tersebut menyeru tindakan iklim global yang konsisten bagi menangani kesan buruk fenomena ini. – Xinhua 

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda