ABUJA, 20 Feb – Lebih 200 individu di Nigeria telah disabitkan dengan pertuduhan terlibat dalam kumpulan militan Boko Haram, kata Kementerian Keadilan, kelmarin.
Sabitan ke atas sejumlah 205 individu dalam perbicaraan beramai-ramai itu menandakan tamatnya peringkat kedua cabaran perundangan terbesar di Nigeria terhadap Boko Haram, yang telah memulakan pemberontakan pada 2009 bagi mewujudkan sebuah negara Islam di timur laut Nigeria.
“Kebanyakan mereka telah disabitkan bagi kesalahan mengaku menganggotai kumpulan pengganas itu, (atau) menyembunyikan maklumat mengenai kumpulan tersebut, yang mereka tahu atau percaya boleh membantu membawa kepada penahanan, pendakwaan atau sabitan terhadap anggota Boko Haram,” menurut kenyataan kementerian itu.
Hukuman penjara yang dijatuhkan adalah antara tiga hingga 60 tahun. – Bernama