Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    206 lagi bakal jemaah haji berlepas ke Mekah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Seramai 206 orang lagi bakal jemaah haji terdiri daripada 95 lelaki dan 111 perempuan berlepas ke Madinah, hari ini, menaiki pesawat Penerbangan Diraja Brunei (RB) BI4203 dan dijangka tiba di Madinah pada pukul 2:30 petang waktu tempatan.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada bakal jemaah haji mengikuti pakej Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan isteri.

    Turut hadir ialah Pemangku Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah DHSB, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan isteri; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna; setiausaha-
    setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta para pengarah dan pegawai Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Pemergian bakal jemaah haji turut diberkati dengan Doa Selamat dan lafaz azan.

    Wartawan Media Permata turut berkesempatan menemu bual salah seorang jemaah haji, Hajah Za’natul Aini binti Haji Zainin yang meluahkan rasa gembira dapat menunaikan ibadah haji bersama suami, Awang Azlan Othman selepas penundaan selama dua tahun akibat pandemik.

    “Saya sangat gembira, alhamdulillah mendapat panggilan untuk menunaikan haji dan berharap semuanya berjalan dengan lancar,” ujar beliau.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada bakal jemaah haji negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...