208 pelajar jalani peperiksaan dalam talian
Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Seramai 208 orang pelajar Negara Brunei Darussalam yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan Ma’had Qiraat Al-Shoubra di Republik Arab, Mesir yang ketika ini sedang berada di negara ini telah menjalankan peperiksaan secara dalam talian berikutan dengan keadaan penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.






























