Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    2,099 jalani pengasingan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Sebanyak 241 dos pertama dan 1,263 dos kedua telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, yang masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID dos pertama kepada 82.3 peratus dan 56.3 peratus bagi dos kedua.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan statistik itu pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah sebanyak 71.1 peratus,” katanya.

    Yang Berhormat Dato seterusnya memaklumkan sebanyak 344 kes baharu jangkitan COVID dilaporkan hari ini, iaitu 338 kes hasil ujian ART dan enam kes hasil 296 ujian makmal RT-PCR yang dijalankan dalam tempoh 24 jam.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 150,402 kes.

    “Tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5 manakala tiga kes dalam kategori 4,” tambahnya.

    “Sebanyak 242 kes sembuh, menjadikan keseluruhan yang sembuh kepada 148,069 kes dan kes aktif ialah 2,110 kes dengan 11 dirawat di hospital dan 2,099 menjalani pengasingan diri di rumah, ujarnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media harian.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...