Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    21.7% kanak-kanak sudah terima satu dos vaksin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Sebanyak 1,077 dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 9,316 iaitu 21.7 peratus daripada kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut.

    Sementara itu, liputan bagi penduduk negara ini yang telah menerima tiga dos vaksin adalah pada kadar 62.6 peratus setakat kelmarin, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato, sebanyak 172 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 149 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan 23 kes adalah hasil 935 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 139,637 kes,” jelasnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan kemudiannya mengongsikan bahawa terdapat tiga kes yang dikategorikan dalam kategori 5 iaitu mereka yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala itu, tidak ada kes dalam kategori 4 iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    “Sebanyak 596 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 137,780 kes,” ujar beliau sambil menambah, terdapat sebanyak 1,640 kes aktif iaitu 47 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,593 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menyeru orang ramai untuk memohon keampunan dan hidayah daripada Allah SWT dan terus memanjatkan doa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa diberikan keafiatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengongsikan situasi terkini COVID di Brunei semasa sidang media kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...