21 das tembakan meriam dilepaskan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan berdekatan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini, sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74.

Majlis diketuai oleh Kapten 886 Haji Alihassan bin Haji Japar dari Polis Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan disempurnakan oleh seramai 14 orang anggota Polis Tentera ABDB.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Salminan bin Haji Burut dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.

Tembakan meriam lazim diadakan setiap tanggal 15 Julai bagi menandakan sambutan Hari Keputeraan raja yang dikasihi.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan berdekatan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan hari ini sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74.
Awang Salminan dan Awang Abdul Walid bergambar ramai bersama anggota Polis Tentera, ABDB dan jemputan lain semasa majlis tersebut di ibu negara, kelmarin.
Anggota Polis Tentera, ABDB bersedia untuk melepaskan 21 das tembakan meriam.