Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    21 maut akibat gempa bumi kuat di Sichuan

    BEIJING, 5 SEPT – Kira-kira 21 orang terkorban apabila gempa bumi kuat melanda barat daya China hari ini, lapor media kerajaan, ketika gegaran kuat di kawasan terpencil memusnahkan kediaman dan menyebabkan beberapa kawasan tiada bekalan elektrik.

    Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud itu melanda kira-kira 43 kilometer (km) tenggara bandar Kangding di wilayah Sichuan pada kedalaman 10km, menurut Jabatan Geologi AS (USGS).

    Seramai 14 orang maut di daerah Shimian di Sichuan manakala tujuh lagi di daerah berdekatan, Luding dengan lebih 30 cedera, menurut penyiar kerajaan CCTV.

    Gegaran menggoncangkan bangunan di ibu kota wilayah Chengdu – di mana jutaan orang diarahkan berkurung di rumah mereka di bawah sekatan ketat COVID – dan di bandar besar berhampiran Chongqing, kata penduduk tempatan kepada AFP.

    “Saya rasa ia bergegar kuat. Beberapa jiran saya yang berada di tingkat bawah berkata mereka dapat merasakan gegarannya,” kata Chen, seorang penduduk di Chengdu.

    Bongkah batu yang bertaburan di jalan menuju ke daerah Luding, pusat gempa di wilayah Sichuan, China yang berlaku pada 5 September. – AP

    “Namun kerana Chengdu pada masa ini di bawah pengurusan epidemik, orang ramai tidak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan kediaman mereka, oleh itu ramai yang bergegas keluar ke laman mereka,” tambahnya.

    Sebuah bandar mengalami ‘kerosakan teruk’ akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh gempa bumi, lapor CCTV.

    Sebatang jalan menuju ke bandar lain telah tersekat dengan tiang telekomunikasi di kawasan-kawasan kediaman lebih 10,000 penghuni telah terputus, kata syarikat penyiaran, menambah gegaran itu telah memaksa stesen jana kuasa terhenti di kawasan-kawasan Garze dan Ya’an.

    Rakaman penyiaran CCTV menunjukkan bangunan-bangunan rosak dan batu-bata bertaburan di jalan-jalan Garze.

    Video yang disiarkan secara online oleh Pusat Rangkaian Gempa Bumi China menunjukkan bongkah batu bergolek ke lereng gunung di daerah Luding, mencetuskan kepulan debu ketika gegaran menggegarkan wayar telefon tepi jalan.

    Media kerajaan melaporkan beberapa kejutan lanjur telah direkodkan di kawasan-kawasan berhampiran.

    Gegaran kecil berukuran 4.6 magnitud melanda Tibet kurang dari satu jam selepas gempa bumi awal, menurut USGS.

    Ratusan kakitangan keselamatan telah dihantar ke pusat gempa, lapor CCTV, selain rakaman anggota bomba berpakaian jingga menaiki trak dan menuju ke lebuh raya yang bertaburan dengan batu-bata serta puing lain.

    Pihak berkuasa seismologi Sichuan berkata lebih 1,000 askar telah dihantar untuk membantu pekerja penyelamat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...