21 maut serangan udara di Afghan

KABUL, Afghanistan, 10 Feb – Seorang ahli parlimen Afghanistan berkata serangan udara di wilayah selatan Helmand telah membunuh 21 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Mohammad Hashim Alkozai, seorang senator dari Helmand, berkata hari ini bahawa 13 orang awam terbunuh dalam satu serangan dan lapan lainnya di kawasan berlainan.

Kedua-dua serangan udara itu dilakukan lewat Jumaat di daerah Sangin, di mana pertempuran berat sedang berlaku antara tentera Afghanistan yang disokong NATO dan Taliban.

Alkozai berkata sekurang-kurangnya lima lagi tercedera dalam sera-ngan udara.

Omer Zwak, jurucakap gabenor wilayah berkata bahawa pemberontak melancarkan serangan udara kepada pasukan Afghanistan dari kawasan awam. Beliau mengesahkan bahawa serangan udara telah membunuh orang awam tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut.

Beliau berkata siasatan telah dilakukan. – AP