Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    21 pegawai ABDB dinaikkan pangkat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’iz-zaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 21 orang pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dinaikkan pangkat pada majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan majlis kenaikan pangkat itu ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan angkatan bersama, pegawai-pegawai kanan dan pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta keluarga para pegawai yang diraikan.

    Pada majlis itu, seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Brunei telah dinaikkan ke pangkat kapten, 16 pemangku leftenan kolonel ditetapkan pangkat dan empat orang pegawai dinaikkan ke pangkat pemangku leftenan kolonel.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi memasang tanda pangkat kepada salah seorang pegawai yang dinaikkan pangkat. – Gambar oleh Adib Noor
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...