Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    21 pelajar diraikan dalam majlis khatam

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Seramai 21 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Ugama Batu Marang, baru-baru ini, diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran setelah selesai menamatkan bacaan 30 Juzuk Al-Quran.

    Majlis yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan dihadiri oleh Penolong Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd, Pengiran Hajah Noraini binti Pengiran Haji Sablon selaku tetamu kehormat.

    Pada majlis itu, bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Ad-Duha hingga Surah Surah An-Nas oleh peserta khatam.

    Manakala itu, Doa Khatam dibacakan oleh Awangku Muhammad Mubasyir bin Pengiran Ismail, pelajar Tahun 6Ba.

    Majlis diserikan dengan laungan Dikir Syarafil Anam oleh pelajar lelaki sekolah tersebut dan dikuti merenjis minyak wangi serta penyampaian sijil Khatam oleh tetamu kehormat.

    Pelajar khatam yang diraikan pada majlis itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda