Saturday, September 30, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    21 semarak majlis khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Seramai 21 orang jemaah dari sembilan buah masjid telah mengadakan majlis khatam Al-Quran secara dalam talian, hari ini.

    Majlis berkenaan adalah penutup majlis tadarus Al-Quran yang diadakan selepas sembahyang fardu Subuh setiap hari ketika semua masjid di negara ini ditutup bagi mengawal penularan COVID-19.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dan bacaan ayat-ayat lazim bermula Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas yang diketuai oleh Haji Anuar bin Penghulu Haji Ibrahim. Manakala itu, Doa Khatam dibacakan oleh Dato Paduka Haji Mohammad bin Haji Serudin. Selain untuk terus merapatkan silaraturahim dan mengekalkan pembacaan Al-Quran secara istiqamah, majlis berkenaan juga merupakan norma baharu yang memberikan peluang kepada para peserta memanfaatkan penggunaan teknologi secara maya.

    Majlis berkenaan merupakan inisiatif jemaah-jemaah dari Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri, Masjid Kampung Sungai Hanching, Masjid Jefri Bolkiah Batong, Masjid Zainab Lumut, Masjid Kampung Salambigar, Masjid Pehin Khatib Abdullah Kulapis, Masjid Perpindahan Lambak Kanan dan Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Katimahar.

    Antara yang menyertai majlis khatam Al-Quran secara dalam talian.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...