Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    21 terbunuh dalam letupan lombong di Colombia

    BOGOTA, 16 MAC – Presiden Colombia, Gustavo Petro mengesahkan seramai 21 pekerja telah terkorban dalam letupan di sebuah lombong arang di Colombia Tengah selepas 10 lagi mayat ditemui hari ini.

    Menurut pegawai tempatan, pengumpulan gas metana mengakibatkan letupan pada malam Selasa di dalam kompleks bawah tanah.

    Kelmarin, penyelamat telah menemui 11 lagi mayat di dalam lombong yang terletak kira-kira 75 kilometer utara Bogota itu.

    Gabenor Cundinamarca, Nicolas Garcia mengumumkan bahawa usaha mencari mangsa sudah tamat pada hari ini.

    Puluhan penyelamat telah mencari pekerja dalam enam lombong yang terhubung, di mana pegawai kini menyiasat sama ada ada aliran udara yang mencukupi.

    “Saya rasa seperti akan mati lemas dan awda tidak dapat melihat apa-apa,” kata Joselito Rodriguez, seorang pekerja yang selamat selepas letupan itu, kepada AFP.

    Menurut Javier Pava, pengarah Unit Kebangsaan Pengurusan Risiko Bencana, untuk mengelakkan gas metana meletup, perlu ada sistem pengudaraan dan pemantauan yang betul untuk membolehkan keputusan dibuat secepat mungkin.

    “Ia perlu disiasat sama ada ia wujud atau tidak,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...