Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    21 terkorban dalam serangan udara Rusia

    KYIV, 8 MAC – Seramai 21 orang terkorban termasuk dua kanak-kanak dalam serangan udara di bandar Ukraine, Sumy, di mana koridor kemanusiaan telah dibuat hari ini, menurut pihak berkuasa.

    “Sebanyak 21 nyawa terkorban termasuk dua kanak-kanak ditemui di tempat penunjuk perasaan kelmarin, kata pendakwa raya wilayah menerusi laman Facebooknya. Jumlah korban sebelum ini yang diberikan oleh perkhidmatan kecemasan adalah sembilan orang.

    Koridor dari Sumy ke Poltava direka untuk memindahkan orang awam, termasuk warga Cina, India dan warga asing lainnya, tetapi naib perdana menteri Ukraine menuduh Rusia merancang untuk mengganggu laluan berkenaan.

    Serangan udara di Sumy itu berlaku berhampiran dengan sempadan Rusia di timur ibu kota Ukraine, Kyiv, lewat kelmarin, kata perkhidmatan penyelamat Ukraine.

    “Pesawat musuh dengan licik menyerang bangunan pangsapuri,” kata mereka melalui akaun Telegram selepas tiba di tempat kejadian pada jam 11 malam.

    Sumy, terletak 350 kilometer ke timur Kyiv telah menyaksikan pertempuran sengit selama beberapa hari tetapi tiada butiran lain mengenai serangan tersebut tersedia serta-merta.

    Naib perdana menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk berkata bahawa kementerian pertahanan Rusia telah bersetuju untuk memulakan koridor kemanusiaan tersebut pada awal hari ini melalui surat kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.

    “Kami mempunyai maklumat bahawa pihak Rusia telah merancang untuk mengganggu koridor tersebut,” tambahnya.

    “Pihak Rusia sedang memanipulasikan keadaan untuk memaksa orang ramai mengambil laluan lain, yang tidak diselaraskan dan berbahaya,” kata naib perdana menteri itu.

    Beliau berkata bahawa koridor tersebut direka untuk menyalurkan penghantaran makanan dan ubat-ubatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...