Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    2,100 dijangka sertai L’Etape Tour de France pertama di M’sia

    KUALA LUMPUR, 2 MAC – Sejumlah 2,100 penunggang basikal amatur dan veteran dijangka mengambil bahagian dalam acara L’Étape oleh Tour de France buat julung kalinya dianjurkan di Malaysia, yang dijadualkan berlangsung di Desaru Coast, Johor, Jun depan.

    Pengumuman itu dibuat oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) semasa acara Taklimat Perniagaan dan Peluang Rangkaian Johor, Malaysia-Perancis di Pavilion Perancis pada Ekspo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu, Isnin lepas.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Khairil Anwar Ahmad berkata kerjasama dengan Tour de France akan memberi peluang kepada mereka untuk mengukuhkan kedudukan Iskandar Puteri sebagai destinasi acara berbasikal, mengimbangi antara perniagaan dan gaya hidup, serta destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara.

    “Kami sangat teruja dan tidak sabar untuk menjayakan acara itu kerana kami sentiasa menyokong sukan berbasikal sebagai sukan pilihan. Dengan membawa masuk acara antarabangsa ini, ia akan meletakkan Johor dalam pelan hala tuju ke arah acara sukan bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan.

    L’Étape de Tour ialah acara berbasikal beramai-ramai tahunan yang membolehkan penunggang basikal amatur untuk berlumba di laluan yang sama seperti peringkat Tour de France.

    Siri ini kini telah berkembang ke 14 negara antarabangsa seperti China, Thailand, Mexico, Brazil, serta Australia, dan kini Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...