Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    213 Anak ABDB terima hadiah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Seramai 213 anak-anak pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang memperolehi keputusan akademik cemerlang bagi tahun 2020 telah menerima anugerah kecemerlangan dan penghargaan berupa sijil, wang tunai dan juga hadiah pada majlis yang diadakan secara serentak di kesemua unit di bawah ABDB, hari ini.

    Penerima-penerima anugerah terdiri daripada pelajar yang menduduki Peperiksaan GCE A Level, GCE O Level, Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB), Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun 2020.

    Menurut kenyataan yang diterima, hari ini, majlis itu adalah bersempena Sambutan Jubli Intan ABDB dengan tumpuan utama penyampaian hadiah itu berlangsung di Akademi Pertahanan ABDB, Kampung Tanah Jambu.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian anugerah kepada anak-anak anggota ABDB yang diraikan di Akademi Pertahanan ABDB ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

    Turut hadir adalah pengarah-pengarah tentera, pegawai-pegawai kanan dan ibu bapa serta penjaga penerima anugerah.

    Anugerah berkenaan adalah sumbangan dari Tabung Kebajikan ABDB dan penaja acara tersebut ialah Takaful Sdn Bhd, Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KOWIRA), S Naaz Sdn Bhd, The Cucur Tearoom, DCON Sdn Bhd dan Isfahani Sdn Bhd.

    Majlis itu bermatlamat untuk memberi penghargaan kepada para pelajar atas pencapaian cemerlang khususnya kepada anak-anak pegawai dan anggota ABDB serta memberi dorongan kepada anak-anak di bawah bimbingan ibu bapa dan penjaga mereka, untuk bersaing dan mencapai prestasi cemerlang semasa peperiksaan. Majlis tersebut diadakan mengikut garis pandu COVID-19 pada masa ini.

    Ia juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang mereka cipta logo Jubli Intan ABDB, setem keluaran khas Jubli Intan ABDB dan Pingat Jubli Intan ABDB.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah menyampaikan cenderahati kepada wakil Takaful Sdn Bhd.
    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah menyampaikan anugerah kepada anak-anak ABDB yang cemerlang pada majlis yang berlangsung di Auditorium, Akademi Pertahanan ABDB, hari ini. – Gambar serahan BIBD
    Antara yang menghadiri majlis yang berlangsung di Auditorium, Akademi Pertahanan ABDB, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...