213 kes baharu di Singapura

SINGAPURA, 28 JUN – Singapura yang kini berada pada minggu kedua fasa kedua pembukaan semula, hari ini mengesahkan 213 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 11 kes melibatkan jangkitan dalam komuniti.

Dalam data ringkas yang dikeluarkan tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan Singapura, berkata daripada 11 kes itu, enam rakyat tempatan, manakala lima merupakan pemegang pas kerja.

Menurutnya, kebanyakan kes masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Ini sekali gus menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura sebanyak 43,459 kes, dengan kes pertama dikesan pada 23 Januari lepas. – Bernama