Tuesday, August 9, 2022
29.7 C
Brunei

213 pelajar berentap dalam kejohanan badminton

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Awang Mohd Hakem Rahimiee bin Bakar dari Sekolah Menengah Lambak Kiri telah dinobatkan sebagai juara dalam Kategori B Perseorangan Lelaki Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Kebun, kelmarin.

Sementara itu, Perseorangan Perempuan B pula dijuarai oleh Mave Lim Yu Rui dari Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan. Saingan beregu lelaki pula dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Sukan dan pasukan dari Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong pula muncul juara Beregu Perempuan B.

Bagi Kategori C Per-seorangan Lelaki, Lee Jian Shyan dari Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait muncul juara sementara Kategori Perseorangan Perempuan C dimenangi oleh Jakelyn Sim Ru Yuen dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali.

Pasangan dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pula muncul johan dalam Kategori Beregu Lelaki C sementara Kategori Beregu Perempuan C pula dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat kejohanan yang disertai seramai 213 pelajar dari 36 buah sekolah berkenaan dan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan, Awang Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman.

Antara objektif kejohanan ini adalah bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk diserapkan bagi menyertai latihan badminton di Unit Perkembangan dan Latihan Sukan seterusnya berpotensi untuk dijadikan atlet Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam.

Kejohanan ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Jasmani.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -