Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    214 pegawai PPDB terima pingat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Seramai 214 orang pegawai dan anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menerima Pingat Kerja Lama Polis (PKLP) pada satu majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat, PPDB, Gadong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali yang sekali gus menyampaikan pingat-pingat kepada para penerima.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, PC 6569 Mohamad Zulhairi bin Omarali, diikuti sesi penyampaian pingat tersebut.

    Penganugerahan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada para penjawat awam yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, pengiktirafan tersebut juga dapat meningkatkan dan menyuntik motivasi para penerima untuk terus mencurahkan bakti kepada kerajaan dan negara.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Awang Sulaiman bin Alidin, pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan PPDB dan para penerima pingat.

    Antara anggota PPDB yang menerima pingat pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat, PPDB, Gadong, kelmarin. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...