2,180 pelajar dijangkiti virus sejak Februari

PUTRAJAYA, 22 OKT – Sebanyak 2,180 pelajar dikesan positif COVID-19 sejak Februari lalu hingga semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,257 pelajar dikesan positif pada gelombang ketiga pandemik itu dari 22 September hingga semalam.

Beliau berkata 830 kes membabitkan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun manakala 1,350 kes membabitkan pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.

Dalam gelombang ketiga, 587 kes membabitkan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun dan 670 kes pelajar berusia 13 hingga 18 tahun, katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini. – Bernama