22 cedera, dek rumah runtuh

WILDWOOD, N.J., 15 SEPT – Sebuah dek rumah bertingkat runtuh kelmarin di Jersey Shore semasa acara hujung minggu mengakibatkan beberapa orang terperangkap dan mencederakan sekurang-kurangnya 22 orang, termasuk beberapa orang kanak-kanak, kata para pegawai.

Kejadian yang berlaku sekitar 6 petang waktu tempatan di Wildwood dalam acara tahunan konvensyen anggota bomba New Jersey itu, bagaimanapun tidak mencatatkan sebarang kematian.

Semasa kejadian tersebut, anggaran orang yang berada di bawah dek rumah pada waktu itu tidak dapat dipastikan, atau beberapa anggota bomba, tetapi pihak berkuasa berkata bahawa mereka yang terperangkap di dalam kejadian itu segera dikeluarkan.

Konvensyen tahunan itu menarik ribuan anggota bomba ke bandar peranginan itu. Anggota bomba mungkin antara mereka yang tercedera atau terperangkap.

Sistem Kesihatan Wilayah Cape May berkata 21 orang telah dikeluarkan daripada runtuhan itu dan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka adalah kanak-kanak. Sementara 11 lagi daripada mereka telah dikeluarkan dari hospital pada pukul 10 pagi, termasuk semua kanak-kanak, kata jurucakap hospital, Susan Staeger.

Anggota penyelamat ketika melakukan pemeriksaan di tempat kejadian berkenaan di Wildwood pada 14 September. – AP

Pusat Perubatan Serantau AtlantiCare di Atlantic City berkata sekurang-kurangnya seorang lagi mangsa kejadian dikejarkan ke hospital tersebut.

Keadaan mereka yang dirawat di hospital itu bagaimanapun tidak diketahui.

Gambar dan video di media sosial menunjukkan anggota bomba cuba mengangkat sekeping dek. Imej menunjukkan beberapa keping dek dilihat terjatuh dan pecah di kawasan kejadian itu.

Penduduk yang berdekatan Joann Devito menyaksikan kejadian dek itu runtuh dari seberang jalan.

“Saya duduk di atas dek di sana, dan saya mendengar bunyi itu, jadi saya berpaling dan melihat dan menyaksikan kesemua kejadian,” katanya. “Saya nampak dua wanita berlari dan menjerit, kejadian itu sangat dahsyat.”

Ketua anggota bomba Wildwood Daniel Speigel berkata pihak berkuasa tidak akan membuat sebarang kenyataan kelmarin di tengah-tengah kerja-kerja penyelamatan.

Maklumat lanjut mungkin akan dikeluarkan hari ini, katanya. – AP