Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

22 jam hanyut, lelaki berpantang maut sebelum ajal

-

TOKYO, 30 NOV – Berpantang maut sebelum ajal bertepatan dengan situasi dihadapi seorang lelaki berusia 69 tahun yang akhirnya terselamat selepas menghabiskan 22 jam hanyut di lautan terbuka luas dan bergelora, disifatkan pegawai menyelamat sebagai satu keajaiban.

Lelaki itu, yang namanya tidak didedahkan, bersendirian di atas bot di barat daya wilayah Kagoshima dan dalam perjalanan ke pulau peranginan Yakushima petang Sabtu apabila botnya terbalik.

Dia berjaya memanggil rakan sekerja di pulau itu untuk memaklumkannya, tetapi tidak ditemui sehingga hampir sehari penuh, pengawal pantai memberitahu AFP, apabila penyelamat melihat dia sedang duduk di atas enjin botnya yang terbalik, menggenggam bahagian kipas.

“Dia berada di laut seorang diri selama 22 jam. Saya kagum dengan kemahirannya untuk bertahan hidup,” kata seorang pegawai pengawal pantai yang enggan dikenali kepada AFP.

Rakaman dramatik yang dikeluarkan oleh pengawal pantai menunjukkan sepasukan menghampirinya dengan bot, berteriak: “Kami akan datang! Hanya sedikit lagi! Berpegang teguh!”

Lelaki itu dapat membungkus dirinya dengan kepingan plastik kelabu, membantunya kekal hangat, kata pegawai itu.

“Ia satu keajaiban dia terselamat,” kata seorang pegawai pengawal pantai kepada harian Asahi Shimbun. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -