Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    22 murid Darjah 6 khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Seramai 22 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Haji Mohd Jaafar Maun, Kawasan Brunei 1 terdiri daripada 10 murid lelaki dan 12 perempuan, diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran setelah berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 Juzuk, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa, Jabatan Pengajian Islam, Hajah Safiah binti Haji Yahya yang seterusnya menyampaikan sijil kepada murid yang diraikan.

    Majlis tersebut diadakan di Dewan Persidangan Pusat Dakwah Islamiah, Kampung Pulaie.
    Antara bertujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid untuk sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar sehingga mereka dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum menamatkan Darjah 6 persekolahan agama.

    Selain itu ia bermatlamat untuk menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan kehidupan seharian mereka di samping mengeratkan kerjasama dan perpaduan antara ibu bapa atau penjaga, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan sebarang majlis atau aktiviti tahunan

    sekolah. Majlis juga diadakan sebagai menyahut dan merealisasikan hasrat
    kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah, bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu khas majlis diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Lahab oleh para peserta khatam.

    Manakala itu, takhtim dibacakan oleh pelajar-pelajar perempuan Darjah 4 dan 5, serta bacaan Doa Khatam oleh salah seorang peserta khatam.

    Majlis juga diserikan dengan Dikir Marhaban oleh pelajar-pelajar lelaki Darjah 4 dan 5 dan penyampaian sijil khatam oleh tetamu khas majlis.

    Antara murid Darjah 6 yang diraikan pada majlis khatam Al-Quran berkenaan.
    Tetamu khas menyampaikan sijil kepada salah seorang murid yang diraikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...