Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    22 pelanggan imagine terima ganjaran lumayan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan imagine

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Seramai 22 orang pelanggan bertuah imagine Sdn Bhd membawa pulang hadiah lumayan menerusi kempen cabutan utama maya dalam majlis yang berlangsung di Hotel Radisson, di ibu negara, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju.

    Majlis menyaksikan dua orang pelanggan, Awang Sofian bin Haris dan Dayang Norhasninah binti Haji Lalim memenangi hadiah utama berupa pelan imagine Wish Postpaid percuma selama setahun, wang tunai $1,000, iPhone 13 dan iPad Pro 11-inci.

    Sementara itu, lima orang lagi memenangi pelan Wish Postpaid selama setahun, PS5 gaming console dan TV pintar LG berukuran 43-inci.

    Seramai 15 orang lagi pelanggan memenangi pelan Dream Postpaid Mobile selama enam bulan, telefon bimbit Realme 7 dan baucar hadiah bernilai $500.

    Dayang Suzannawati menyatakan, sambutan yang diterima melalui kempen berkenaan amat menggalakkan dan mereka sentiasa menghargai segala sokongan berterusan yang diberikan oleh para pelanggan.

    “Sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi pilihan di Brunei, kami memahami bahawa tanggungjawab kami adalah untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik bukan sahaja untuk pelanggan kami tetapi juga dalam menyokong pertumbuhan ICT negara melalui pelan data dan peranti yang paling berpatutan dan boleh diakses di negara ini,” ujarnya.

    Kempen yang telah diungkayahkan bermula November tahun lepas sehingga penghujung Februari lalu itu memberikan mata kepada pelanggan kerana melakukan transaksi yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan imagine.

    Menerusi kempen itu, lebih 700,00 penyertaan transaksi telah direkodkan yang mana 22 penerima anugerah teratas dipilih secara rawak pada 18 Mac lalu.

    Dayang Suzannawati (dua dari kanan) bersama salah seorang daripada pemenang bertuah yang memenangi pelan Dream Postpaid Mobile, telefon bimbit dan baucar hadiah.
    Dayang Norhasninah dan Awang Sofian menjadi pelanggan bertuah yang memenangi hadiah utama kempen berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...