Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    22 premis EKK digantung operasi

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBBSB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Sebanyak 22 premis establismen kecantikan dan kesihatan (EKK) telah digantung operasi perniagaan mereka kerana melakukan kesalahan di bawah Perintah EKK, 2016.

    Daripada 22 premis tersebut, sembilan perniagaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 20 (a) iaitu berniaga tanpa lesen dan digantung operasi, menurut kenyataan Jabatan Bandaran BSB (JBBSB) menerusi pihak berkuasa melesen bagi EKK.

    Sementara itu, 13 buah premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 (1) kerana pekerja memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang berlainan jantina.

    Menurut kenyataan itu lagi, salah satu kesalahan utama adalah termasuk tidak memiliki lesen yang sah atau lesen mansuh di bawah Seksyen 20 (a) iaitu mengendalikan EKK tanpa lesen boleh mengakibatkan penutupan serta-merta jika didapati bersalah dan didenda hingga $10,000 jika terbukti bersalah dan tambahan $100 sehari bagi kesalahan-kesalahan seterusnya.

    Sehubungan dengan itu, JBBSB mengingatkan orang ramai dan pemilik perniagaan supaya menjalankan salon, spa, pusat gimnasium dan pusat kecergasan kesihatan dengan mematuhi peraturan di bawah Perintah EKK, 2016.

    Setakat ini, terdapat 589 buah premis EKK yang direkodkan di sekitar kawasan Bandar Seri Begawan sejak 2016.

    Manakala, sehingga awal September 2022, sebanyak 24 buah premis baharu telah dilesenkan di bawah Perintah EKK.

    Bagi sebarang pertanyaan mengenai permohonan Lesen EKK boleh hubungi Bahagian Perekonomian JBBSB atau membuat permohonan dalam talian, 7179900 atau melalui laman sesawang, https://onebiz.business.gov.bn atau menghubungi talian 123.

    Sebarang maklumat mengenai kegiatan aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi talian Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JBBSB di talian, 7291122 atau menghubungi 123.

    Pihak berkuasa melesen bagi EKK semasa menampal notis penggantungan operasi ke atas perniagaan yang melakukan kesalahan di bawah Perintah EKK, 2016.
    Premis yang didapati pekerjanya memberi perkhidmatan berlainan jantina.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...