22 projek sekolah daif dijangka siap

KOTA KINABALU, 4 OKT – Projek menaik taraf dan membina semula 22 sekolah daif di Sabah menerusi peruntukan diluluskan RM88 juta dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan, kata Menteri Pendidikan dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob.

Yusof berkata daripada jumlah itu, tiga sekolah daif akan dibina dalam kadar segera selepas surat penganugerahan diberikan kepada kontraktor pada penghujung tahun ini dengan kos RM10 juta menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS). – Bernama