Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

22 sertai CSEP Eselon Kedua Singapura-Brunei ke-19

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Seramai 22 orang dari pelbagai kementerian dan jabatan di perkhidmatan awam dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura mengikuti Program Pertukaran Perkhidmatan Awam (CSEP) Eselon Kedua Singapura-Brunei ke-19 yang telah bermula pada 18 Januari lalu.

Majlis pembukaannya telah diadakan semalam di mana program itu telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Eksekutif (Antarabangsa), Kolej Perkhidmatan Awam (CSC) Singapura, Roger Tan.

Turut hadir secara maya pada pembukaan program berkenaan ialah Penolong Pengarah, Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Hajah Roslizawati binti Haji Ibrahim.

Delegasi Brunei diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Ajman bin Haji Meludin manakala itu, delegasi Singapura pula diketuai oleh Timbalan Setiausaha (Kebudayaan dan Sukan) dari Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Dr Lee Tung Jean.

CSEP ke-19 berjalan selama empat hari dan berakhir esok menggunakan platform maya dan tema program tahun ini, Memimpin Perkhidmatan Awam yang Bersedia untuk Masa Depan dan Berdaya Tahan.

Tema berkenaan memberi peluang kepada peserta Brunei dan Singapura untuk berkongsi pandangan mengenai membangunkan para pemimpin supaya lebih bersedia untuk masa depan dan berdaya tahan dalam mengendalikan serta mengurus dan memimpin dalam persekitaran yang semakin kompleks.

Antara objektif utama program adalah untuk berkongsi pengalaman dan strategi bagi menghadapi dan mengurus cabaran dalam sektor awam di samping mendapatkan pandangan mengenai inisiatif yang diterima pakai oleh kerajaan untuk membangunkan pemimpin dalam persekitaran yang tidak menentu dan kompleks selain bagi mengukuhkan dan mengembangkan rangkaian di peringkat eselon.

Program dianjurkan bersama oleh CSC Singapura dan IPA Brunei yang ditubuhkan pada 2002 itu telah memberi peluang kepada penjawat awam dari kedua-dua negara untuk menjalin rangkaian, mempelajari amalan terbaik dan menjalin hubungan yang lebih erat di peringkat eselon.

Brunei Darussalam dan Singapura telah menjadi tuan rumah CSEP secara bergilir dan tahun ini, Singapura menjadi tuan rumah kepada program tersebut.

Program selama empat hari itu telah dilancarkan secara maya pada 19 Januari lalu. – Gambar serahan IPA
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -