Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    22 tertipu tawaran kerja

    HONG KONG, 21 OGOS – Lima warga Hong Kong telah ditahan kerana didakwa melakukan penipuan pekerjaan di mana mangsa telah dipujuk ke Asia Tenggara dan kemudian ditahan secara paksa, kata polis hari ini.

    Beberapa bulan kebelakangan ini, mangsa-mangsa telah melaporkan perjalanan ke negara seperti Myanmar, Kemboja, Thailand dan Laos atas janji palsu percintaan atau tawaran pekerjaan bergaji tinggi kemudian ditahan dan dipaksa bekerja.

    Pada Khamis, pihak berkuasa menubuhkan pasukan petugas untuk membantu individu-individu yang diperdagangkan yang telah menjadi mangsa penipuan tersebut.

    Hampir kesemua 36 permintaan bantuan polis adalah berkaitan dengan penipuan pekerjaan, menurut Tony Ho, penguasa kanan biro jenayah terancang dan biro tiga serangkai.

    Polis telah memberkas tiga lelaki dan dua wanita yang disyaki memperdaya warga Hong Kong supaya menerima tawaran pekerjaan ‘sangat tidak realistik’ di luar negara, kata Ho hari ini.

    Seramai 22 mangsa masih dipercayai terperangkap di Kemboja dan Myanmar, dan sembilan daripadanya belum menghubungi keluarga mereka atau polis Hong Kong, kata Ho.

    Ho berkata, mangsa telah diberikan tiket penerbangan dan kebanyakan pasport mereka dirampas semasa mereka mendarat, sebelum dihantar ke pusat penipuan dan dipaksa untuk menipu orang lain.

    Ahli politik dari parti DAB Hong Kong memberitahu wartawan hari ini bahawa keluarga mangsa meminta bantuan daripada mereka kerana warga Hong Kong telah terperangkap selama kira-kira sebulan di kawasan tumpuan pemerdagangan manusia di Negeri Kayin, Myanmar.

    “Keluarganya mengesyaki dia didera secara fizikal,” kata Woo Cheuk-him, seorang ahli politik yang menerima permintaan bantuan.

    “Dia berkata dia telah dipaksa bekerja lebih daripada 10 jam sehari… jika dia tidak menunjukkan prestasi yang baik, dia tidak akan diberi makanan yang mencukupi.”

    Peguam hak asasi manusia Patricia Ho berkata pada Khamis bahawa undang-undang sedia ada Hong Kong tidak mencukupi untuk menangani penipuan sedemikian, kerana bandar itu tidak mempunyai undang-undang yang secara khusus melarang pemerdagangan manusia dan buruh paksa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...