Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    22 ‘tumpas’ dalam operasi JIPK

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JIPK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Seramai 22 warga asing telah ditahan dan dibawa ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) atas pelbagai kesalahan semasa Operasi Tumpas dijalankan di ketiga-tiga daerah, kelmarin.

    Menurut kenyataan JIPK, dalam Operasi Tumpas JIPK 10/2022 dan 11/2022, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU) JIPK telah berjaya menumpaskan kegiatan cuci kereta tidak berdaftar yang dilakukan oleh warganegara asing.

    Operasi menyasarkan sembilan buah premis perkhidmatan cuci kereta di kawasan Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait dan Daerah Temburong, dengan melibatkan seramai 55 orang pegawai BPU JIPK dari ketiga-tiga daerah.

    Hasil pemeriksaan yang dibuat, seramai 19 orang lelaki warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke BPU JIPK atas beberapa kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja dengan majikan lain, bekerja tidak mengikut apa yang tercatat dalam pas kerja yang diberikan.

    Kesalahan melanggar syarat-syarat pas imigresen boleh didenda kompaun sebanyak $600.

    Salah seorang warga asing yang didapati melanggar syarat-syarat pas imigresen.

    Antara warga asing yang didapati melanggar undang-undang JIPK.

    Tindakan seterusnya, pas kerja dibatalkan dan diusir dari negara dengan nama-nama mereka boleh disenarai hitamkan untuk tidak dibenarkan lagi bekerja di Negara Brunei Darussalam.

    Manakala itu, majikan yang mengambil, mengaji pesalah imigresen boleh dikenakan denda sebanyak $3,000 bagi setiap seorang pesalah imigresen.

    Secara berasingan, BPU JIPK Bandar Seri Begawan turut menjalankan Operasi Tumpas JIPK 12/2022 kelmarin dengan menyasarkan kawasan premis bangunan kerajaan di Mukim Bangar, yang mendapati warga asing membuat perkhidmatan sebagai tukang potong.

     

    Semasa pemeriksaan dijalankan di lokasi tersebut, pihak penguat kuasa undang-undang JIPK telah memeriksa tiga orang warganegara asing.

    Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresen mansuh dan dua lagi melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15 (3) Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja menyalahi jawatan dan seterusnya dibawa ke BPU JIPK untuk siasatan lanjut.

    Sehubungan itu, JIPK mengingatkan orang ramai bahawa JIPK akan sentiasa menjalankan operasi, menangkap, menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang menyalahi undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

    JIPK juga menyatakan mana-mana warganegara asing di negara ini, yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan dan jika sabit kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah, dipenjarakan dan diusir ke negara asal serta nama-nama mereka di senarai hitamkan.

    Dalam hubungan itu, JIPK akan terus melaksanakan rondaan, operasi dan pemeriksaan berdasarkan kepada maklumat dan kerjasama daripada orang ramai berpandukan kepada maklumat yang terkumpul, sama ada secara persendirian atau bersama agensi penguat kuasa yang lain, menguatkuasakan akta dan peraturan imigresen, akta dan peraturan pasport dan memastikan ia dipatuhi serta dalam usaha mengesan pesalah imigresen.

    Di samping itu, ia juga bagi menguatkuasakan Perintah Pencegahan Penyeludupan Orang 2019 dan Perintah Antipemerdagangan Orang 2019 serta apa jua kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan di negara ini.

    Ke arah aktiviti penguatkuasaan itu, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen.

    Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya dengan menghubungi talian hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...