COLOMBO, 5 JAN – Sejumlah 226 penduduk daripada 36 isi rumah di ibu negara Maldives, Male, telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara akibat banjir teruk yang berpunca daripada hujan berterusan, lapor PSM News yang memetik kenyataan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) Maldives kelmarin.
PSM melaporkan banjir itu telah menyebabkan kerosakan pada harta benda kediaman dan komersial serta kenderaan di jalan raya.
Setakat pagi kelmarin, Angkatan Pertahanan Nasional Maldives telah mengepam keluar 30,569 tan air dari jalan-jalan di Male bagi mengurangkan kesan banjir, menurut PSM. – Bernama