Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    228 kes hepatitis kanak-kanak dilaporkan

    GENEVA, 3 MEI – Sekurang-kurangnya 228 kes hepatitis yang tidak diketahui asal-usul dalam kanak-kanak kini telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 20 buah negara, kata agensi kesihatan PBB hari ini.

    “Setakat 1 Mei, sekurang-kurangnya 228 kes dilaporkan kepada WHO dari 20 negara, dengan kes tambahan sedang dalam siasatan,” beritahu jurucakap WHO Tarik Jasarevic kepada wartawan di Geneva.

    Kebanyakan kes adalah dari Eropah tetapi terdapat tiga yang lain di Amerika, Pasifik Barat dan Asia Tenggara, kata beliau.

    WHO pertama dimaklumkan pada 5 April mengenai 10 kes di Scotland yang dikesan dalam kanak-kanak

    di bawah umur 10 tahun. Lebih daripada 100 kes kini telah dicatat di Britain. Beberapa kes telah menyebabkan kerosakan hati dan memerlukan pemindahan. Sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.

    Kebanyakan kes melaporkan penyakit kuning dan simptom gastrousus termasuk sakit abdomen, cirit-birit dan muntah. WHO merujuk wabak keradangan hati sebagai hepatitis akut tanpa diketahui asal-usulnya dalam kanak-kanak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...