2,289 anak damit di Brazil hidapi virus Zika

RIO DE JANEIRO, 12 Jan – Kebimbangan mengenai penularan Zika di Brazil semakin menurun tetapi pada tahun lalu, beribu-ribu ibu bapa bergelut untuk mempelajari kaedah pencegahan wabak Zika demi menjaga kesihatan anak damit mereka.

Penyakit Zika, yang disebarkan oleh gigitan nyamuk, menyebabkan anak damitr tersebut dilahirkan dengan kepala yang luar biasa kecil.

Brazil telah mengesahkan 2,289 kes anak damit yang dilahirkan dengan mikrosefali dalam wabak yang bermula pada tahun 2015. Pihak berkuasa berkata, terdapat 3,144 lain-lain kes yang disyaki sementara menunggu pengesahan. – AFP