Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    2,296 kes kanak-kanak perlu pemeliharaan, perlindungan

    BELURAN, 18 Okt – Sebanyak 2,296 kes dicatatkan membabitkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan di negeri ini yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sejak 2010 hingga Julai lepas.

    Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata ia meliputi kategori pengabaian sebanyak  984 kes,  penderaan seksual (908 kes), penderaan fizikal (363 kes), pembuangan anak damit (35 kes) dan penderaan emosi (enam kes).

    Katanya bagi  kes perkhidmatan akhlak, terdapat  5,493 kes iaitu di bawah kategori jenayah sebanyak 5,058 kes dan tidak terkawal sebanyak 435 kes.

    Menurutnya bagi kes perlindungan dan pemulihan pula, terdapat 77 kes bagi kategori kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral, manakala 186 kes anak damit kanak-kanak yang memerlukan perlindungan segera.

    Melihat daripada statistik itu, ia jelas menunjukkan bahawa risiko kemalangan, keselamatan dan pendedahan kepada gejala sosial kalangan kanak-kanak boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, katanya ketika merasmi dan menutup Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sekolah Peringkat Bahagian Sandakan di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda