Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    23.1% kanak-kanak lengkap dua dos vaksin COVID

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Sebanyak 824 dos pertama vaksin COVID-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 31,933 dos iaitu 74.4 peratus.

    Sebanyak 1,113 dos kedua vaksin pula telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang membawa kepada jumlah dos kedua yang diberikan kepada kanak-kanak di dalam kumpulan umur tersebut kepada 9,925 iaitu 23.1 peratus.

    Sementara itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah pada kadar 68.4 peratus, kongsi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku wakil menteri kesihatan semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan
    COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Pehin seterusnya menjelaskan bahawa sebanyak 248 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 245 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan tiga kes hasil 352 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 144,659 kes,” kata Yang Berhormat Pehin.

    Beliau turut mengongsikan bahawa tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5 dan 4.

    Manakala itu, sebanyak 261 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 142,788 kes.

    “Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,651 kes iaitu 17 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,634 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” kata Yang Berhormat Pehin lagi.

    Di hujung kenyataannya, beliau menyeru orang ramai untuk terus berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya akan sentiasa terpelihara daripada segala musibah dan bencana wabak penyakit.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku wakil menteri kesihatan, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...