23 maut bas terjunam dari tebing

LA PAZ, 7 SEPT – Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki terjunam dari tebing di tengah Bolivia, kata polis dan saksi.

Bas yang membawa 33 penumpang itu dikatakan menjunam kira-kira 400 meter dari tebing di negeri Cochabamba sekitar jam 11 pagi waktu tempatan semalam.

“Saya hilang kawalan apabila brek tidak berfungsi,” kata pemandu yang kehilangan isteri yang meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Mangsa yang terkorban termasuk tiga kanak-kanak yang masing-masing berusia setahun, dua dan enam tahun, menurut kenyataan polis melalui Facebooknya. Tambahnya, lima mangsa lain belum dapat dikenal pasti. Seramai 13 orang lagi cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira 50 kilometer dari ibu negeri wilayah.

“Kesemua mereka dibawa ke hospital berdekatan,” kata polis.

Polis menyatakan punca kemalangan sedang disiasat.

Bolivia sebelum ini terkenal dengan rekod keselamatan jalan raya yang buruk. Dalam kejadian hampir sama pada Mac lalu, seramai 20 penumpang maut, sementara pada September tahun lalu, seramai 19 terbunuh ketika sebuah bas dipandu laju tergelincir dari tebing di satu tempat lain di Bolivia. – AFP