Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 maut dalam kejadian ribut petir di India

    NEW DELHI, 10 Julai – Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam kejadian ribut petir di timur Bihar kelmarin, lapor agensi berita China Xinhua.

    “Korban tertinggi dicatatkan di Vaishali diikuti empat kematian masing-masing di daerah Patna dan Saran. Lapan lagi kematian di daerah Gaya, Sasaram, Araria dan Nalanda,” kata seorang pegawai tempatan.

    Susulan itu, Jabatan Meteorologi negeri mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku dalam tempoh 48 jam akan datang.

    Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, kejadian ribut petir di India mengakibatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang maut setiap tahun sejak 2005. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda