Sunday, October 2, 2022
24.1 C
Brunei

23 pendatang asing ditemui bersesak dalam van

-

GENEVA, 6 SEPT – Polis Switzerland mendedahkan penemuan 23 orang pendatang yang memenuhi bahagian belakang van penghantaran semasa pemeriksaan lalu lintas di lebuh raya.

Kenderaan dengan pendaftaran Itali itu ditahan kelmarin ketika ia menuju ke utara di lebuh raya A2 di Buochs, berhampiran pusat bandar Lucerne.

Menurut laporan, pendatang itu bersesak dalam sebuah van tertutup selama beberapa jam tanpa rehat. Pendatang berumur antara 20 dan 50 tahun itu berasal dari Afghanistan, India, Syria dan Bangladesh, menurut polis dalam satu kenyataan.

Pemandu berusia 27 tahun berasal dari Gambia itu berdepan dakwaan pemerdagangan manusia. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -