23 syarikat sertai Program Kesediaan Kerja di LCB

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Sebanyak 23 buah syarikat telah terlibat pada hari terakhir Program Kesediaan Kerja yang diadakan oleh Kolej Perniagaan Laksamana (LCB) pada hari ini, di mana temu duga secara langsung dikendalikan untuk pelajar-pelajar.

Program yang diadakan di kolej berkenaan direka untuk semua penuntut LCB yang mencari pekerjaan sama ada yang masih dalam pengajian ataupun sudah menamatkan pengajian mereka, tanpa mengambil kira atau tahap yang telah dipelajari.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman para pelajar mengenai kemahiran interpersonal, cara penulisan CV yang baik dan sebagainya.

Semasa program tersebut dijalan-kan, kolej berkenaan menyasarkan untuk membantu pelajar mencari pekerjaan dan syarikat yang sesuai untuk mereka.

Selain itu, program juga bertujuan bagi mengembangkan dan memupuk hubungan antara syarikat-syarikat dengan menampilkan pelajar-pelajar berpotensi yang sesuai dengan pekerjaan-pekerjaan yang mereka tawarkan.

Antara syarikat-syarikat yang terlibat termasuklah DST, Indera Motors, Progresif, Radisson, Boustead, imagine, Standard Chartered, QAF Auto dan pelbagai lagi.

Wakil DST ketika menjalankan temu duga bagi pelajar LCB pada hari terakhir Program Kesediaan Kerja di LCB, kelmarin.
Salah seorang pelajar LCB ketika menghadiri temu duga yang dikendalikan oleh salah sebuah syarikat yang ikut serta.